Nama ahli kumpulan:
1. RASYIDAH BINTI MOHD YUSUF A19HP3069
2. NURUL IZZATI BINTI ISMAIL A19HP3063
3. DIVYA DHARSHINI A/P SOMANAIDU A19HP3013
4. DHARSINY A/P RAWI A19HP3012
5. FARA AZEAN BT YUSOFF ANUAR A19HP3016
6. NUR AFIFAH FARZANA BINTI MOHD AZMI A19HP3051
1. PENGENALAN
Kami merupakan pelajar Sarjana Muda Utm. Pada semester ini, kami telah mendaftar nama sebagai pelajar Pandu Puteri Clover batch 5 Utm. Kod kursus bagi subjek ini ialah UKQF2862-01 Pandu Puteri (Girl Guides) Bagi melengkapkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah kami Dr. Nor Zafir Md Salleh. Kami telah diamanahkan untuk menganjurkan satu aktiviti serta program yang bermanfaat untuk rakan-rakan sekelas. Oleh yang demikian, kami telah memilih sebuah projek, iaitu “7 DAYS CHALLENGES SAY NO TO PLASTIC” yang dilaksanakan bersama-sama secara dalam talian.
Aktiviti “Say no to plastic” ini berlangsung selama 7 hari. Kami akan memulakan program pada 2 November 2021 hari Selasa jam 2 petang sehingga 8 November 2021 hari Selasa jam 2petang. Bagi menjalankan aktiviti ini dengan lebih menyeronokkan dan mudah kami menyediakan pelbagai aktiviti menarik. Terdapat beberapa cabaran yang telah kami cadangkan kepada para peserta bagi menyempurnakan program ini.
Antara cabaran-cabaran yang kami jalankan ialah Bawa Shopping Bag Please, Poster Kreatif, Decorate Your Plastic Waste, Supportive Video, dan Laporan Jangan Lupa Ya. Kami juga telah menetapkan syarat dan peraturan dalam program ini. Hal ini dapat memudahkan para peserta dalam menjalankan cabaran-cabaran kami. Dalam cabaran ini peserta perlu menghantar bukti aktiviti di akhir hari ketujuh cabaran.
MATLAMAT KEMPEN
Tujuan kami menjalankan aktiviti adalah untuk mendapatkan anugerah Pandu Puteri Clover Utm. Seterusnya, untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar Pandu Puteri Clover Utm dalam menyelamatkan alam sekitar. Malahan, para peserta dapat menyemai semangat cinta akan alam sekitar. Di samping itu, pelajar dapat menghabiskan masa dengan perkara yang bermanfaat. Lalu, alam sekitar akan menjadi bersih daripada sisa plastik. Hal ini dapat meningkatkan budaya baru iaitu budaya kitar semula dikalangan warga UTM dan mengurangkan penceramaran alam sekitar.
KESAN NEGATIF BEG PLASTIK
- Mengakibatkan pencemaran alam sekitar secara kritikal kerana beg plastik dihasilkan daripada petroleum.
- Beg plastik sukar untuk dilupus dan tidak akan mereput dalam masa singkat dan sesetengahnya mengambil masa 400-1000 tahun untuk diuraikan.
- Beg plastik adalah penyumbat tanah timbunan kita dan merosakkan landskap dan akan sentiasa mencemarkan tanah serta air kita.
- Penghasilan dan pengeluaran beg plastik menyebabkan pelepasan karbon yang menjejaskan lapisan ozon dan mengakibatkan kesan pencemaran udara.
- Hampir 1 billion burung laut dan haiwan marin mati kerana beg plastik.
KAEDAH PERLAKSANAAN
Peserta pandu puteri digalakkan untuk membawa beg kertas, beg kitar semula ataupun beg eco sendiri jika ke pasaraya. Peserta membuat poster “SAY NO TO PLASTIC”. Peserta mebuat dekorasi menggunakan bahan-bahan palstik terpakai. Para peserta menyediakan video bagi kompilasi video beramai-ramai. Peserta menyiapkan tugasan laporan harian beserta bukti aktiviti dijalankan serta perlu membuat refleksi.
POSTER-POSTER CABARAN
LINK BESAR PUSAT PENGHANTARAN AKTIVITI BERMULA:-
https://drive.google.com/drive/folders/1rsOk9Ytsa0r5_WbS11tF8CeaieuvFAOw?usp=sharing
CONTENT:-
1. SLIDE POWER POINT PANDU PUTERI (ada syarat dan peraturan serta cara-cara aktiviti dilaksanakan)
2. PENGHANTARAN POSTER SAY NO TO PLASTIC
3. PENHANTARAN VIDEO
4. PENGHANTARN LAPORAN HARIAN
5. LINK BLOGGER
6. GOOGLE FORM
7. FORMAT LAPORAN HARIAN "SAY NO TO PLASTIC"